Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

Pemain Kita 'Laku'!!!



Salam..aku nak story sikit pasal bola sepak kita yang sudah menunjukkan peningkatan sejak 2 tahun kebelakangan nie..Sejak kita menjadi juara Sukan Sea di Laos Disember 2009, peningkatan itu terus meningkat mendadak seterusnya kita menjadi johan dalam Piala AFF SUZUKI di Indonesia pada 2010. Sebelum itu, kita telah mencipta sejarah apabila kita layak ke pusingan kalah mati di Sukan Asia apabila berjaya menjadi pasukan ketiga terbaik. Dalam perlawanan kalah mati tersebut kita telah diundi bertemu Iran dan keputusannya kita tewas 3-1. Walaupun kalah kita harus berbangga dengan pemain yang telah memberi saingan yang agak sengit disamping pasukan bimbingan K.Rajagopal yang dihimpit kecederaan.


Berbalik kepada Piala AFF SUZUKI yang lalu, penjaring terbanyak Piala AFF Safee Sali yang telah berhijrah ke kelab liga super Indonesia (ISL) berjaya mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol pertama dalam aksi pertamanya. Berita terbaru, kelab tersebut juga berminat untuk mendapatkan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat dan juga Norshahrul Idlan Talaha. Khairul Fahmi yang menunjukkan prestasi cemerlang berjaya mencuri tumpuan kelab tersebut. Norshahrul juga berjaya mencuri tumpuan apabila beliau bnyak membuat hantaran-hantaran penting yang berjaya dilaksanakan oleh rakan sepasukan yang lain.


Perkembangan ini telah meningkatkan imej bola sepak negara dimana ranking yang dikeluarkan FIFA menunjukkan peningkatan dari 140 kepada 138.


Sunday, March 13, 2011

Dapatkah Chong Wei dan Kean Keat-Boon Heong Gegarkan Birmingham????

Salam..hari nie kita dapat saksikan dua pasangan kita akan berentap di Kejohanan All England Edisi-101 dimana dalam perseorangan lelaki akan menemukan dua pemain terbaik dunia ketika ini iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan. Dapat diungkapkan ini adalah pertemuan impian diantara bagi para peminat kedua-duanya. Selain itu kita juga turut mempunyai wakil dalam beregu lelaki di mana beregu emas kita Koo Kean Keat dan Tan Bong Heong akan menentang pasangan Denmark, Mathias Boe dan Carstsen Mogensen. Pasangan Denmark ini yang merupakan pasangan No. 1 dunia pasti akan memberi tentangan sengit. Rekod sebelum ini banyak memihak kepada pasangan Malaysia dimana dalam 7 pertemuan pasangan Malaysia ini menang 6 dan pasangan Denmark menang sekali. Sama-sama kita nantikan keputusannya...MALAYSIA BOLEH!!!

Saturday, March 12, 2011

ALL ENGLAND 2011 EDISI-101 Koo-Tan Ke Separuh Akhir



Beregu emas negara KOO KEAN KEAT-TAN BOON HEONG melangkah ke perlawanan separuh akhir apabila berjaya menundukkan pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan rubber set 21-19, 23-25, dan 21-11. Pasangan negara yang juga beregu No. 5 dunia berpeluang untuk menamatkan perlawanan dengan straight set tetapi mensia-siakan peluang dengan banyak melakukan kesilapan. Bagi pasangan Indonesia yang menduduki ranking No. 4 dunia itu, mereka banyak melakukan kesilapan dengan memberi mata mudah kepada pasangan Malaysia. Semoga pasangan Malaysia dapat mengulangi kejayaan seperti tahun 2007 dimana mereka berjaya menggengam mahkota Seluruh England.



Berjaya membentuk gandingan mantap

Thursday, March 10, 2011

Liverpool Kembali Terbang Tinggi!!!



HAAIIIII..kali nie aku nak story sikit pasal team Liverpool..Almaklum la..aku nie peminat setia pasukan yang digelar The Red nie..Sejak kebelakangan nie aku tengok team Liverpool dah kembali bangkit..Tapi kadang-kadang rasa cam lain pulak..Mana taknya. Bila lawan dengan West Ham mcam mana boleh kalah 1-3 tapi bila lawan dengan MU menang 3-1. Mana aku xhairan. Mungkin para pemain kurang sesuaikan diri lagi. Tapi setelah team Liverpool dah berjaya menumbangkan pendahulu Liga Perdana Inggeris aku percaya keserasian mula timbul dikalangan pemain. Luiz Suarez dan Dirt Kuyt adalah kombinasi yang terbaik. Mereka berjaya memainkan peranan masing-masing dengan baik. Tahniah buat pasukan The Red ini. Selepas ni pasukan Liverpool akan bertemu Braga dalam aksi pusingan ketiga Liga Europe...



Liverpool semasa menjulang takhta Eropah pada 2005



Diharapkan dengan pembelian pemain-pemain baru, pasukan Liverpool berjaya membuktikan kebangkitan mereka. Andy Carroll yang dibeli dari Newcastle dengan harga  £35 juta (RM171.863 juta) pada Januari lalu mungkin diturunkan selepas mengalami kecederaan betis sejak bersama Newcastle. Tugas tersebut turut juga digalas pemain antarabangsa Uruguay, Luiz Suarez yang menjadi perancang kepada semua gol yang dijaringkan oleh Dirt Kuyt semasa mereka menundukkan Red Devil's. Diharapkan prestasi terbaik dapat  ditunjukkan oleh pasukan ini. Kembalikan zaman kegemilangan Liverpool !!!



Suarez menjadi duri dalam daging United


Wednesday, March 9, 2011

Barcelona Menang Lagi!!!!!

PERTEMBUNGAN menarik pagi tadi menemukan dua seteru utama yang sering bertemu di Liga Juara-juara Eropah dimana Barcelona berjaya memenanginya lagi. Pertemuan yang berakhir dengan jaringan 3-1 dimiliki Barca sudah cukup untuk meleburkan edo Arsenal yang berjaya memenangi perlawanan pertama mereka di Emirates. Susulan kemenangan tersebut Barca berjaya menundukkan pasukan Gunners dengan aggregat 4-3.


Messi berjaya memperdayakan penjaga gol Arsenal


Duri dalam daging bagi Arsenal yang juga pemain terbaik dunia. Lionel Messi menjadi pemusnah dengan 2 gol darinya iaitu pada (45' 71') membantu Pendahulu Liga Sepanyol itu. Satu lagi gol hasil jaringan pemain tengah prolifik mereka Xavi (69') menutup harapan Arsenal. Gol saguhati Arsenal muncul hasil jaringan sendiri pemain Barcelona iaitu S.Busquets (53') mengelak aib yang lebih besar kepada pasukan yang baru di himpit kekecewaan berikutan kekalahan kepada Birmingham City pada perlawanan ahkir Piala Liga.


Messi menjadi pemusnah harapan Arsenal


Selepas gol hasil jaringan sendiri S.Busquets, Arsenal disentak apabila Robin Van Persie dibuang padang akibat menerima kad kuning kedua. Dengan bermain 10 orang Arsenal gagal menyerap asakan yang dilancarkan Barcelona yang diketuai Xavi untuk tewas di Nou Camp.


Wenger gagal dalam misinya untuk menundukkan seteru utama mereka

.

Monday, March 7, 2011

Hatrik Kuyt mengecewakan Red Devil's..........

STATUS Manchester United selaku pendahulu semakin tercalar selepas mengalami kekalahan kedua berturut-berturut. Setelah tewas kepada Chelsea  pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson sekali lagi dikejutkan dengan kekalahan yang lebih memalukan kepada Liverpool di Anfield malam tadi. Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirt Kuyt ditambah pula dengan kehebatan penyerang baru skuad yang diberi jolokan The Red, Luiz Suarez berjaya menenggelamkan pasukan yang digelar Red Devil's. Dengan kekalahan terbaru 1-3 tersebut, maka usaha United menjarakkan diri dari pasukan tempat ke-2, Arsenal tidak kesampaian. Namun, United bernasib baik kerana Arsenal hanya mampu terikat seri 1-1 dengan Sunderland, Sabtu lalu namun mempunyai baki 1 perlawanan.


Kuyt menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut


Kuyt membuka jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasik gerakan solo Luiz Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United. Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua Liverpool berpunca daripada kesilapan Nani. Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt menyumbat gol pada minit ke-65 yang juga hatriknya setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas bola hasil sepakan percuma Suarez. Javier Hernandez yang masuk menggantikan Nani yang terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher bagaimanapun berjaya mendapatkan gol saguhati pasukannya pada masa kecederaan. 


King Kenny berjaya membawa perubahan kepada The Red


Preview Kelayakan Olimpik; Pakistan Lawan Malaysia



Perlawanan kelayakan pusingan pertama (2nd leg) di Lahore diantara pasukan Malaysia menentang Pakistan akan dilangsungkan pada 9 MAC 2011. Terdahulu, perlawanan pusingan pertama (1st leg) yang dilangsungkan di Shah Alam kejayaan berpihak kepada pasukan Malaysia dengan jaringan 2-0. Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia membawa bekalan 2 gol ke Lahore nanti. Harus diingat, 2 gol yang dibawa pasukan kebangsaan itu bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan kerana sepanjang tempoh permainan di Shah Alam tempohari pasukan Pakistan hanya bermain 10 orang setelah pemainnya dibuang padang kerana melakukan keasaran ke atas Khairul Fahmi Che Mat. Sungguh pun Malaysia banyak melakukan serangan tetapi penjaga gol Pakistan, Umer bertindak cemerlang apabila banyak mematahkan serangan pasukan kebangsaan.


Ong Kim Swee perlu membuat percaturan yang tepat


Di atas kerta, memang kelebihan dapat dilihat berpihak kepada pasukan Malaysia berdasarkan ranking yang dikeluarkan FIFA apabila Malaysia menduduki tangga ke-140 jauh meninggalkan Pakistan di tanggan ke-173. Kedudukan ranking tidak boleh diambil kira kerana apa jua boleh jadi dalam permainan bola sepak. Kadang-kadang pasukan diatas pun boleh kalah dengan pasukan di bawah. Jadi kekuatan pasukan boleh dianggap seimbang.


Khairul Fahmi perlu menggunakan sepenuhnya pengalaman bersama skuad senior


Seharusnya pasukan Malaysia tidak boleh mengambil mudah perlawanan menentang Pakistan kerana pastinya mereka akan bermain habis-habisan bagi mendapatkan gol. Tambahan pula bermain di tempat sendiri ditambah dengan sorakan peminat yang pasti akan membanjiri stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Pasukan Pakistan ibarat singa lapar kerana pasti mereka ingin membalas dendam di atas kekalahan di Shah Alam lalu. Pasukan Malaysia juga perlu mendapatkan rentak secepat mungkin tanpa memberi alasan 'lambat panas' kerana Pakistan pasti membuat serangan bertali arus ke kubu Malaysia. Sekiranya seluruh pasukan memberi komitmen sepenuhnya tidak mustahil pasukan Malaysia akan memenangi perlawanan tersebut seterusnya meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya.


Muslim antara tonggak pertahanan negara


Perlawanan Malaysia-Pakistan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena, saluran 801 pada 9 MAC 2011 jam 10.30 malam. Sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!!




Safee Sali menggegar

MOHD SAFEE SALI...nama yang suatu ketika dahulu kurang menjadi perhatian. Tetapi sejak kebelakangan ini menjadi siulan ramai tidak kira tua mahupun muda. Pemain kelahiran Kajang ini adalah seorang penyerang skuad kebangsaan di bawah bimbingan K.Rajagobal yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010 di Indonesia. Pada perlawanan akhir pertama di Shah Alam yang dimenangi pasukan Malaysia dengan jaringan 3-0 tersebut adalah sumbangan beliau dengan 2 gol iaitu pada minit ke (61' 73') manakala satu lagi gol adalah sumbangan Ansari Samsudin (68'). Kemudian pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Safee Sali mencipta sensasi buat dirinya apabila meledakkan gol yang pertama untuk pasukan kebangsaan iaitu pada minit ke-53. Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Indonesia melancarkan serangan bertali arus ke kubu Malaysia dan usaha tersebut membuahkan hasil apabila mendapat menjaringkan 2 gol iaitu menerusi Firman Utina untuk Indonesia mendahului 2-1. Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat dan menamatkan penantian pasukan Malaysia selama 14 tahun bagi menjulang piala AFF SUZUKI. Sekalung tahniah diucapkan. Kemenangan pasukan Malaysia bukan sampai di situ sahaja apabila Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki dengan 5 gol menewaskan penyerang Indonesia kelahiran Uruguay Christian Gonzales dengan 4 gol.


penjaring terbanyak piala AFF Suzuki 2010


Momentum yang dicetuskan Safee Sali membuatkan dirinya menjadi rebutan kelab-kelab dari Indonesia. Akhirnya, satu perjanjian termeterai untuk Safee bermain di Indonesia Super League (ISL) sehingga tamat musim ISL. Pelbagai coretan terukir di dada akhbar mengenai perpindahan Safee ke kelab barunya, Pelita Jaya. Akhirnya, segala cakap-cakap yang terpampang di dada akhbar mula bertukar nada apabila beliau berjaya menjaringkan gol buat dirinya dan juga buat pasukan Pelita Jaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas kelab Sriwijaya FC. Gol tersebut membuatkan beliau menjadi idola bagi peminat-peminat pasukan Pelita Jaya. Diharapkan Safee Sali dapat membawa namanya dan juga nama Malaysia ke martabat lebih tinggi dalam sukan bola sepak.


Safee Sali mempunyai sentuhan jaringan yang menakjubkan