Monday, March 7, 2011

Preview Kelayakan Olimpik; Pakistan Lawan Malaysia



Perlawanan kelayakan pusingan pertama (2nd leg) di Lahore diantara pasukan Malaysia menentang Pakistan akan dilangsungkan pada 9 MAC 2011. Terdahulu, perlawanan pusingan pertama (1st leg) yang dilangsungkan di Shah Alam kejayaan berpihak kepada pasukan Malaysia dengan jaringan 2-0. Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia membawa bekalan 2 gol ke Lahore nanti. Harus diingat, 2 gol yang dibawa pasukan kebangsaan itu bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan kerana sepanjang tempoh permainan di Shah Alam tempohari pasukan Pakistan hanya bermain 10 orang setelah pemainnya dibuang padang kerana melakukan keasaran ke atas Khairul Fahmi Che Mat. Sungguh pun Malaysia banyak melakukan serangan tetapi penjaga gol Pakistan, Umer bertindak cemerlang apabila banyak mematahkan serangan pasukan kebangsaan.


Ong Kim Swee perlu membuat percaturan yang tepat


Di atas kerta, memang kelebihan dapat dilihat berpihak kepada pasukan Malaysia berdasarkan ranking yang dikeluarkan FIFA apabila Malaysia menduduki tangga ke-140 jauh meninggalkan Pakistan di tanggan ke-173. Kedudukan ranking tidak boleh diambil kira kerana apa jua boleh jadi dalam permainan bola sepak. Kadang-kadang pasukan diatas pun boleh kalah dengan pasukan di bawah. Jadi kekuatan pasukan boleh dianggap seimbang.


Khairul Fahmi perlu menggunakan sepenuhnya pengalaman bersama skuad senior


Seharusnya pasukan Malaysia tidak boleh mengambil mudah perlawanan menentang Pakistan kerana pastinya mereka akan bermain habis-habisan bagi mendapatkan gol. Tambahan pula bermain di tempat sendiri ditambah dengan sorakan peminat yang pasti akan membanjiri stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Pasukan Pakistan ibarat singa lapar kerana pasti mereka ingin membalas dendam di atas kekalahan di Shah Alam lalu. Pasukan Malaysia juga perlu mendapatkan rentak secepat mungkin tanpa memberi alasan 'lambat panas' kerana Pakistan pasti membuat serangan bertali arus ke kubu Malaysia. Sekiranya seluruh pasukan memberi komitmen sepenuhnya tidak mustahil pasukan Malaysia akan memenangi perlawanan tersebut seterusnya meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya.


Muslim antara tonggak pertahanan negara


Perlawanan Malaysia-Pakistan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena, saluran 801 pada 9 MAC 2011 jam 10.30 malam. Sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!!




No comments:

Post a Comment