Monday, March 7, 2011

Safee Sali menggegar

MOHD SAFEE SALI...nama yang suatu ketika dahulu kurang menjadi perhatian. Tetapi sejak kebelakangan ini menjadi siulan ramai tidak kira tua mahupun muda. Pemain kelahiran Kajang ini adalah seorang penyerang skuad kebangsaan di bawah bimbingan K.Rajagobal yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala AFF Suzuki 2010 di Indonesia. Pada perlawanan akhir pertama di Shah Alam yang dimenangi pasukan Malaysia dengan jaringan 3-0 tersebut adalah sumbangan beliau dengan 2 gol iaitu pada minit ke (61' 73') manakala satu lagi gol adalah sumbangan Ansari Samsudin (68'). Kemudian pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta Safee Sali mencipta sensasi buat dirinya apabila meledakkan gol yang pertama untuk pasukan kebangsaan iaitu pada minit ke-53. Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan Indonesia melancarkan serangan bertali arus ke kubu Malaysia dan usaha tersebut membuahkan hasil apabila mendapat menjaringkan 2 gol iaitu menerusi Firman Utina untuk Indonesia mendahului 2-1. Kedudukan tersebut kekal sehingga wisel penamat dan menamatkan penantian pasukan Malaysia selama 14 tahun bagi menjulang piala AFF SUZUKI. Sekalung tahniah diucapkan. Kemenangan pasukan Malaysia bukan sampai di situ sahaja apabila Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki dengan 5 gol menewaskan penyerang Indonesia kelahiran Uruguay Christian Gonzales dengan 4 gol.


penjaring terbanyak piala AFF Suzuki 2010


Momentum yang dicetuskan Safee Sali membuatkan dirinya menjadi rebutan kelab-kelab dari Indonesia. Akhirnya, satu perjanjian termeterai untuk Safee bermain di Indonesia Super League (ISL) sehingga tamat musim ISL. Pelbagai coretan terukir di dada akhbar mengenai perpindahan Safee ke kelab barunya, Pelita Jaya. Akhirnya, segala cakap-cakap yang terpampang di dada akhbar mula bertukar nada apabila beliau berjaya menjaringkan gol buat dirinya dan juga buat pasukan Pelita Jaya mencatat kemenangan 1-0 ke atas kelab Sriwijaya FC. Gol tersebut membuatkan beliau menjadi idola bagi peminat-peminat pasukan Pelita Jaya. Diharapkan Safee Sali dapat membawa namanya dan juga nama Malaysia ke martabat lebih tinggi dalam sukan bola sepak.


Safee Sali mempunyai sentuhan jaringan yang menakjubkan


1 comment:

  1. tahniah Safee! dia antara yang terbaik sekarang di Malaysia!

    ReplyDelete