Monday, March 7, 2011

Hatrik Kuyt mengecewakan Red Devil's..........

STATUS Manchester United selaku pendahulu semakin tercalar selepas mengalami kekalahan kedua berturut-berturut. Setelah tewas kepada Chelsea  pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson sekali lagi dikejutkan dengan kekalahan yang lebih memalukan kepada Liverpool di Anfield malam tadi. Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirt Kuyt ditambah pula dengan kehebatan penyerang baru skuad yang diberi jolokan The Red, Luiz Suarez berjaya menenggelamkan pasukan yang digelar Red Devil's. Dengan kekalahan terbaru 1-3 tersebut, maka usaha United menjarakkan diri dari pasukan tempat ke-2, Arsenal tidak kesampaian. Namun, United bernasib baik kerana Arsenal hanya mampu terikat seri 1-1 dengan Sunderland, Sabtu lalu namun mempunyai baki 1 perlawanan.


Kuyt menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut


Kuyt membuka jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasik gerakan solo Luiz Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United. Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua Liverpool berpunca daripada kesilapan Nani. Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt menyumbat gol pada minit ke-65 yang juga hatriknya setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas bola hasil sepakan percuma Suarez. Javier Hernandez yang masuk menggantikan Nani yang terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher bagaimanapun berjaya mendapatkan gol saguhati pasukannya pada masa kecederaan. 


King Kenny berjaya membawa perubahan kepada The Red


No comments:

Post a Comment