Tuesday, May 3, 2011

Skuad Piala Dunia Malaysia??????

Dengar khabar K.Rajagopal dah kenal pasti beberapa muka baru untuk diserap ke dalam skuad Malaysia bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia...Bagus nie...Maklum la sebelum nie kan Mr. Raja kita dah guna beberapa pemain skuad Olimpik..so untuk memikul tugasan kelayakan Piala Dunia nie beliau akan mencari muka baru la..

Untuk pengetahuan semua, pemain skuad Olimpik yang bermain untuk skuad Piala Dunia ialah Mahali Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Fakhri Shaarani dan Faizal Abu Bakar...Selepas nie maybe Mr. Raja tak akan gunakan khidmat mereka mereka nie dah...bagi peluang untuk muka baru selain tak mahu ganggu tumpuan skuad Olimpik negara...

Tuesday, March 15, 2011

Pemain Kita 'Laku'!!!



Salam..aku nak story sikit pasal bola sepak kita yang sudah menunjukkan peningkatan sejak 2 tahun kebelakangan nie..Sejak kita menjadi juara Sukan Sea di Laos Disember 2009, peningkatan itu terus meningkat mendadak seterusnya kita menjadi johan dalam Piala AFF SUZUKI di Indonesia pada 2010. Sebelum itu, kita telah mencipta sejarah apabila kita layak ke pusingan kalah mati di Sukan Asia apabila berjaya menjadi pasukan ketiga terbaik. Dalam perlawanan kalah mati tersebut kita telah diundi bertemu Iran dan keputusannya kita tewas 3-1. Walaupun kalah kita harus berbangga dengan pemain yang telah memberi saingan yang agak sengit disamping pasukan bimbingan K.Rajagopal yang dihimpit kecederaan.


Berbalik kepada Piala AFF SUZUKI yang lalu, penjaring terbanyak Piala AFF Safee Sali yang telah berhijrah ke kelab liga super Indonesia (ISL) berjaya mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol pertama dalam aksi pertamanya. Berita terbaru, kelab tersebut juga berminat untuk mendapatkan penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat dan juga Norshahrul Idlan Talaha. Khairul Fahmi yang menunjukkan prestasi cemerlang berjaya mencuri tumpuan kelab tersebut. Norshahrul juga berjaya mencuri tumpuan apabila beliau bnyak membuat hantaran-hantaran penting yang berjaya dilaksanakan oleh rakan sepasukan yang lain.


Perkembangan ini telah meningkatkan imej bola sepak negara dimana ranking yang dikeluarkan FIFA menunjukkan peningkatan dari 140 kepada 138.


Sunday, March 13, 2011

Dapatkah Chong Wei dan Kean Keat-Boon Heong Gegarkan Birmingham????

Salam..hari nie kita dapat saksikan dua pasangan kita akan berentap di Kejohanan All England Edisi-101 dimana dalam perseorangan lelaki akan menemukan dua pemain terbaik dunia ketika ini iaitu Lee Chong Wei dan Lin Dan. Dapat diungkapkan ini adalah pertemuan impian diantara bagi para peminat kedua-duanya. Selain itu kita juga turut mempunyai wakil dalam beregu lelaki di mana beregu emas kita Koo Kean Keat dan Tan Bong Heong akan menentang pasangan Denmark, Mathias Boe dan Carstsen Mogensen. Pasangan Denmark ini yang merupakan pasangan No. 1 dunia pasti akan memberi tentangan sengit. Rekod sebelum ini banyak memihak kepada pasangan Malaysia dimana dalam 7 pertemuan pasangan Malaysia ini menang 6 dan pasangan Denmark menang sekali. Sama-sama kita nantikan keputusannya...MALAYSIA BOLEH!!!

Saturday, March 12, 2011

ALL ENGLAND 2011 EDISI-101 Koo-Tan Ke Separuh Akhir



Beregu emas negara KOO KEAN KEAT-TAN BOON HEONG melangkah ke perlawanan separuh akhir apabila berjaya menundukkan pasangan Indonesia, Markis Kido-Hendra Setiawan rubber set 21-19, 23-25, dan 21-11. Pasangan negara yang juga beregu No. 5 dunia berpeluang untuk menamatkan perlawanan dengan straight set tetapi mensia-siakan peluang dengan banyak melakukan kesilapan. Bagi pasangan Indonesia yang menduduki ranking No. 4 dunia itu, mereka banyak melakukan kesilapan dengan memberi mata mudah kepada pasangan Malaysia. Semoga pasangan Malaysia dapat mengulangi kejayaan seperti tahun 2007 dimana mereka berjaya menggengam mahkota Seluruh England.



Berjaya membentuk gandingan mantap

Friday, March 11, 2011

10 Keajaiban Dunia



Salam..kali nie nak kongsi tentang keajaiban dunia k. Keajaiban-keajaiban yang ada di dunia ini sangatlah banyak, baik yang berupa tempat-tempat bersejarah, benda-benda peninggalan sejarah ataupun segala sesuatu yang dianggap unik. Sehingga muncul beberapa istilah “7 Keajaiban Dunia” atau bahkan sekarang sudah mencapai “10 Keajaiban Dunia“. Beberapa 10 Keajaiban di Dunia yang ada di bawah ini bukanlah merupakan “kepastian” bahwa hanya ini sajalah yang merupakan 10 Keajaiban Dunia, tapi beberapa tempat di bawah ini merupakan bagian dari beberapa keajaiban yang ada di dunia.

1) Chichen Itza



Merupakan peninggalan arkeologi suku Maya di Meksiko yang paling lengkap serta masih terawat dengan baik. Menurut buku budaya suku Maya dari Chilam Balam, kompleks candi ini dibangun antara tahun 502-522 Masehi. Suku Maya hanya menempatinya selama 200 tahun, kemudian mereka berpindah ke daerah pantai di Campeche. Itza merupakan titik sentral kompleks bangunan lainnya seperti Piramida Kukulcan, Candi Chac Mool, dan bangunan Seribu Tiang

2) Christ The Redeemer


Atau Patung Kristus Penebus (bahasa Portugis: Cristo Redentor) adalah patung Yesus Kristus dengan gaya arsitektur Art Deco terbesar dan terdapat di Rio de Janiero, Brasil. Patung memiliki tinggi 38 meter dan terletak di puncak dari Gunung Corcovado yang tingginya 710 m di Taman Nasional Hutan Tijuca, yang menghadap ke kota


3) Colosseum


Adalah sebuah gedung pertunjukan yang besar/amphitheatre, terletak di Ibukota Negara Italia, Roma, bernama asli “Flavian Amphitheatre”, didirikan oleh Raja Vespasian dan terselesaikan oleh anaknya Titus. Ada yang berpendapat bahwa Colosseum dibuat pada tahun 79 SM. Asal nama Colosseum berasal dari sebuah patung setinggi 130 kaki atau 40 m yang bernama Colossus. Tempat ini di set untuk menampung 50.000 orang penonton.

4) Great Wall of China


Tembok Raksasa Cina atau Tembok Besar merupakan bangunan terpanjang yang pernah dibuat oleh manusia, terletak di Republik Rakyat Cina. Panjangnya adalah6.400 kilometer (dari kawasan Sanhai Pass di timur hingga Lop Nur di sebelah barat) dan tingginya 8 meter dengan tujuan untuk mencegah serbuan bangsa Mongol dari Utara pada masa itu. Lebar bagian atasnya 5 m, sedangkan lebar bagian bawahnya 8 m. Setiap 180-270 m dibuat semacam menara pengintai. Tinggi menara pengintai tersebut 11-12 m. Untuk membuat tembok raksasa ini, diperlukan waktu ratusan tahun di zaman berbagai kaisar.

5) Machu Picchu


Machu Picchu (“Gunung Tua” dalam bahasa Quechua; sering juga disebut “Kota Inca yang hilang”) adalahsebuah lokasi reruntuhan Inca pra-Columbus yang terletak di wilayah pegunungan pada ketinggian sekitar 2.350 m. diatas permukaan laut. Berada di atas lembah Urubamba di Peru, sekitar 70 km barat laut Cusco. Merupakan simbol Kerajaan Inka yang paling terkenal. Dibangun pada sekitar tahun 1450, tetapi ditinggalkan seratus tahun kemudian, ketika bangsa Spanyol berhasil menaklukan Kerajaan Inka.

6) Petra


Adalah sebuah situs arkeologikal di Yordania, terletak di dataran rendah di antara gunung-gunung yang membentuk sayap timur Wadi Araba, lembah besar yang berawal dari Laut Mati sampai Teluk Aqaba. Petra adalahkota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Yordania. Simbol teknik dan perlindungan. Kota ini didirikan dengan mengali dan mengukir cadas setinggi 40 meter. Petra merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan pada 9SM-40M oleh Raja Aretas IV sebagai kita yang sulit untuk ditembus musuh dan aman dari bencana alam seperti badai pasir. Nabatean membangun Petra dengan sisitem pengairan yang luar biasa rumit. Terdapat terowongan air dan bilik air yang menyalurkan air bersih ke kota, sehingga mencegah banjirmedadak. Mereka juga memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air.

7) Taj Mahal


Adalah sebuah monumen yang terletak di Agra, India. Dibangun atas keinginan Kaisar Mughal Shah Jahan, anak Jahangir, sebagai sebuah musoleum untuk istri Persianya, Arjumand Banu Begum, juga dikenal sebagai Mumtaz-ul-Zamani atau Mumtaz Mahal. Pembangunan menghabiskan waktu 23 tahun (1630-1653) dan merupakan sebuah adi karya dari arsitektur Mughal. Shah Jahan memerintahkan Ustad Ahmad membuat bangunan ini. Ustaz Ahmad mengumpulkan 20.000 orang pekerja yang terdiri dari tukang batu, tukang emas, dan pengukir yang termasyhur dari seluruh dunia. Dengan bumbung, kubah dan menara yang buat dari marmer putih, serta seni mozak yang indah. Sebanyak 43 jenis batu permata, termasuknya iaitu berlian, jed, kristal, topaz, dan nilam telah digunakan untuk memperindah Taj Mahal.
8) Giza Pyramid


Adalah piramida tertua dan terbesar dari tiga piramida yang ada di Nekropolis Giza. Dibangun sebagai makam untuk firaun dinasti keempat Mesir, Khufu. Dibangun selama lebih dari 20 tahun dan diperkirakan berlangsung pada sekitar tahun 2560 SM. Tiga piramida yang lebih kecil untuk istri Khufu, dan sebuah piramida “satelit” yang lebih kecil lagi, berupa lintasan yang ditinggikan, dan makam-makam mastaba berukuran kecil di sekeliling piramida para bangsawan.

9) Acropolis of Athens


Acropolis adalah dataran tinggi berbatu setinggi 156 m, dan ada beberapa reruntuhan bangunan kuno yang dulunya adalah kuil yg menjadi pusat sejarah Athena. Mulai dibangun 1.300 tahun SM. Acropolis sebenarnya sebuah kota kecil yang permai, sampai kerajaan Persia menghancurkannya di tahun 480 SM. Setahun kemudian tentara Yunani mengalahkan Persia dan membangun ulang kuil-kuil itu. Antara tahun 467 sampai 404 SM, bangunan tersebut selesai dibangun. Pada tahun 1834 Athena menjadi ibukota Yunani, raja Otto menetapkan Acropolis sebagai bangunan arkeologi yang dilindungi. Tahun 1975 Acropolis direstorasi.

10) Alhambra


Adalah nama sebuah kompleks istana sekaligus benteng yang megah dari kekhalifahan bani ummayyah di Granada, Spanyol bagian selatan (dikenal dengan sebutan Al-Andalus ketika benteng ini didirikan), yang mencakup wilayah perbukitan di batas kota Granada. Istana ini dibangun sebagai tempat tinggal khalifah beserta para pembesarnya.












Cara Mudah Nak Meningkatkan Trafik Anda!!!


 
 
Tengah2 dok layan study pasal blog, terbaca la aku benda alah nie...saja nak mencuba...tak salahkan...dan x rugi pun.. :)
so tips2 nak naikkan traffic blog kita...

Kita tengok cara-cara menaikkan traffic blog ...:
  1. Tulis posting artikel mcm posting ni. Atau copy-paste artikel ni and kemudian buat tajuk yang menarik supaya org terjah blog kita.
  2. Pastu letakkan URL LINK yang mcm kat bawah ni jer untuk artikel yang di tulis dlm blog/web korang. cuba jelah...tak rugipun........hahaha
7. My Big Family and Friends
15. akupenghiburmuda
 

Peraturannya

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).


2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
 
SELAMAT MENCUBA!!!!

Thursday, March 10, 2011

Liverpool Kembali Terbang Tinggi!!!



HAAIIIII..kali nie aku nak story sikit pasal team Liverpool..Almaklum la..aku nie peminat setia pasukan yang digelar The Red nie..Sejak kebelakangan nie aku tengok team Liverpool dah kembali bangkit..Tapi kadang-kadang rasa cam lain pulak..Mana taknya. Bila lawan dengan West Ham mcam mana boleh kalah 1-3 tapi bila lawan dengan MU menang 3-1. Mana aku xhairan. Mungkin para pemain kurang sesuaikan diri lagi. Tapi setelah team Liverpool dah berjaya menumbangkan pendahulu Liga Perdana Inggeris aku percaya keserasian mula timbul dikalangan pemain. Luiz Suarez dan Dirt Kuyt adalah kombinasi yang terbaik. Mereka berjaya memainkan peranan masing-masing dengan baik. Tahniah buat pasukan The Red ini. Selepas ni pasukan Liverpool akan bertemu Braga dalam aksi pusingan ketiga Liga Europe...



Liverpool semasa menjulang takhta Eropah pada 2005



Diharapkan dengan pembelian pemain-pemain baru, pasukan Liverpool berjaya membuktikan kebangkitan mereka. Andy Carroll yang dibeli dari Newcastle dengan harga  £35 juta (RM171.863 juta) pada Januari lalu mungkin diturunkan selepas mengalami kecederaan betis sejak bersama Newcastle. Tugas tersebut turut juga digalas pemain antarabangsa Uruguay, Luiz Suarez yang menjadi perancang kepada semua gol yang dijaringkan oleh Dirt Kuyt semasa mereka menundukkan Red Devil's. Diharapkan prestasi terbaik dapat  ditunjukkan oleh pasukan ini. Kembalikan zaman kegemilangan Liverpool !!!



Suarez menjadi duri dalam daging United


Wednesday, March 9, 2011

Barcelona Menang Lagi!!!!!

PERTEMBUNGAN menarik pagi tadi menemukan dua seteru utama yang sering bertemu di Liga Juara-juara Eropah dimana Barcelona berjaya memenanginya lagi. Pertemuan yang berakhir dengan jaringan 3-1 dimiliki Barca sudah cukup untuk meleburkan edo Arsenal yang berjaya memenangi perlawanan pertama mereka di Emirates. Susulan kemenangan tersebut Barca berjaya menundukkan pasukan Gunners dengan aggregat 4-3.


Messi berjaya memperdayakan penjaga gol Arsenal


Duri dalam daging bagi Arsenal yang juga pemain terbaik dunia. Lionel Messi menjadi pemusnah dengan 2 gol darinya iaitu pada (45' 71') membantu Pendahulu Liga Sepanyol itu. Satu lagi gol hasil jaringan pemain tengah prolifik mereka Xavi (69') menutup harapan Arsenal. Gol saguhati Arsenal muncul hasil jaringan sendiri pemain Barcelona iaitu S.Busquets (53') mengelak aib yang lebih besar kepada pasukan yang baru di himpit kekecewaan berikutan kekalahan kepada Birmingham City pada perlawanan ahkir Piala Liga.


Messi menjadi pemusnah harapan Arsenal


Selepas gol hasil jaringan sendiri S.Busquets, Arsenal disentak apabila Robin Van Persie dibuang padang akibat menerima kad kuning kedua. Dengan bermain 10 orang Arsenal gagal menyerap asakan yang dilancarkan Barcelona yang diketuai Xavi untuk tewas di Nou Camp.


Wenger gagal dalam misinya untuk menundukkan seteru utama mereka

.

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia


SALAM 1 MALAYSIA..


Kepada semua wanita-wanita, aku nak ucapkan selamat menyambut hari wanita sedunia. Tanggal 8 Mac merupakan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia.

MATLAMAT


Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.


Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya.

Tuntutan Wanita

  1. Cuti bersalin yang lebih untuk menjaga dan menyusu anak.
  2. Insentif kepada suri rumah sepenuh masa. Pada 2004, seramai 2.79 juta wanita di Malaysia menjadi suri rumah sepenuh masa.
  3. Ujian saringan kesihatan asas percuma setiap dua hingga tiga tahun sekali.
  4. Sistem kehakiman yang lebih `mesra wanita’ dan cekap dalam menangani kes-kes berkaitan keluarga. Malangnya, hakim wanita masih belum dilantik di mahkamah syariah. Ramai yang tidak bersetuju perlantikan wanita menjadi hakim di mahkamah syariah.Kajian Prof. Madya Noor Aziah Awal (UKM) 2001 mendapati 19 % kes perceraian masih tertangguh di mahkamah syariah Negeri Selangor dalam masa 12 bulan berbanding 30 % di mahkamah sivil.
  5. Keselamatan wanita dan kanak-kanak terjamin dan terpelihara terutama bebas dari ancaman mat rempit dan ragut. Contohnya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin dan kehilangan Sharlinie .

Nabi Muhammad dan Wanita
Nabi Muhammad menjadi contoh ikutan kita semua. Nabi suruh wanita menutup aurat bukanlah kerana mahu mengurangkan hak wanita untuk dedah sana atau dedah sini. Tetapi meninggikan martabat wanita beriman itu menjadi seumpama mutiara yang tidak ternilai. Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. “Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri”.


Hargailah jasa wanita...!!!

Chelsea Tewaskan Blackpool 3-1



Kedudukan Anceloti masih selamat selepas Chelsea menundukkan Blackpool


Dua jaringan Frank Lampard dan satu dari John Terry membantu Chelsea menundukkan Blackpool 3-1 untuk kekal di tangga keempat Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Chelsea semakin merapatkan jurang dengan pasukan tangga ke-3 Manchester City kepada hanya 2 mata dengan bermain kurang 1 perlawanan. Dua gol jaringan Frank Lampard dan 1 tandukan kapten, John Terry hasil sepakan penjuru sudah cukup untuk memastikan Chelsea pulang dengan 3 mata penuh menewaskan Blackpool. 


2 gol hasil jaringannya membantu Chelsea merapatkan kedudukan dengan Man. City



Chelsea sememangnya layak menang apabila menguasai sepenuhnya perlawanan dari awal dan cubaan Blackpool untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata pada hujung permainan tidak berhasil walaupun berjaya mendapatkan 1 gol menerusi pemain tengah, Puncheon. Pemain bintang mereka yang baru dibeli dengan bayaran tertinggi Britain, Torres masih belum berjaya menjaringkan gol untuk Chelsea dan pasangan penyerangnya, Didier Drogba pula terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan.

Monday, March 7, 2011

Hak-Hak Anda Sebagai Pekerja



Dalam post kali nie aku nak story sikit pasal pekerja. Kepada yang bekerja tue aku nak tanya korang tahu ke apa hak korang sebagai seorang pekerja???? Jadi disini aku nak korang tahu la kan apa hak korang tak kira la korang nie keja sektor apa kerajaan ke swasta ke yang penting korang tue pekerja..Ade faham???





Selama nie mesti banyak persoalan yang bermain di benak fikiran korang kan tentang apa hak korang sebagai pekerja. Persoalan-persoalan yang timbul macam nie selalu akan menimbulkan perbalahan sehingga ade je sampai ke mahkamah kan. Jadi biarlah korang faham betul-betul apa hak korang k. Lagi senang tak payah nak gaduh-gaduh sampai masuk mahkamah. Dibawah nie ada disenaraikan beberapa persoalan yang sering bermain di kepala korang:-


1.Berapakah kadar bayaran sebenar untuk untuk kerja lebih masa???


2.Apakah ada had kepada bilangan jam seseorang pekerja untuk dibenarkan
   bekerja lebih masa dalam satu bulan???


3.Apakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan tempoh gaji???


4.Berapakah tempoh gaji yang sepatutnya???


5.Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja???


6.Apakah potongan-potongan yang telah ditetapkan oleh undang-undang???


7.Berapakah jumlah potongan gaji yang dibenarkan oleh undang-undang???


8.Bilakah gaji perlu dibayar kepada pekerja jika berlaku penamatan kontrak
  perkhidmatan??


9.Apakah jenis pekerjaan yang dilarang wanita daripada melakukannya sejajar
  dengan Akta???


10.Berapakah cuti rehat untuk seorang pekerja di bawah Akta ini??


11.Adakah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang keatas majikan
    untuk meminta pekerjanya datang bekerja pada hari rehat???


12.Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta untuk bekerja
    pada cuti rehat???


13.Berapakah kelayakan cuti am bergaji pekerja dalam setahun??


14.Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta bekerja pada
    hari cuti tersebut??


15.Berapa harikah kelayakan cuti tahunan bagi seseorang pekerja??


16.Berapakah kelayakan cuti sakit seseorang pekerja dalam setahun???


17.Apakah keadaan yang menyebabkan pekerja tidak layak mendapat cuti sakit
    bergaji?? 


18.Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pekerja tersebut melanggar
    Kontrak Perkhidmatan??

19.Di dalam keadaan apakah pula majikan dianggap melanggar Kontrak
    Perkhidmatan???


20.Bolehkah seorang majikan itu menamatkan kerja seorang pekerja tempatan,
    dan kemudiannya mengambil seorang pekerja migrant bekerja???


21.Bolehkah seorang majikan memberikan layanan berbeza kepada pekerja
    tempatan dan pekerja asing??


Ketahui hak-hak anda sebagai pekerja dan jangan membiarkan diri anda ditindas sewenang-wenangnya . Sila layari http://www.hakpekerja.com untuk mendapatkan info tentang hak anda sebagai seorang pekerja.





Aznil Nawawi Sah Pengacara Akademi Fantasia 9



Aznil juga sinonim dengan kanak-kanak menerusi siri Tom-Tom Bak


Pengacara No. 1 di Malaysia, Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali dengan nama Pak Nil sah akan kembali menjadi pengacara untuk Akademi Fantasia 9(AF9). Untuk pengetahuan semua, Akademi Fantasia 9 (AF9) akan menjadi Akademi Fantasia terakhir yang bakal diadakan. Ramai pengacara telah pun menjadi pengacara AF sebelum ini, tetapi tidak setanding penangan yang diberi oleh Pak Nil kita nie. Ternyata aura Pak Nil begitu berlainan dan mempunyai ciri-ciri seorang pangacara yang berkaliber berbanding yang lain. Diharapkan dengan kembalinya Pak Nil menjadi pengacara AF9, rating AF9 akan kembali meningkat seperti di zaman kegemilangan AF dulu yang sememangnya mempunyai aura yang begitu hebat.

Hatrik Kuyt mengecewakan Red Devil's..........

STATUS Manchester United selaku pendahulu semakin tercalar selepas mengalami kekalahan kedua berturut-berturut. Setelah tewas kepada Chelsea  pada awal pagi Rabu lalu, skuad kendalian Alex Ferguson sekali lagi dikejutkan dengan kekalahan yang lebih memalukan kepada Liverpool di Anfield malam tadi. Hatrik daripada penyerang Belanda, Dirt Kuyt ditambah pula dengan kehebatan penyerang baru skuad yang diberi jolokan The Red, Luiz Suarez berjaya menenggelamkan pasukan yang digelar Red Devil's. Dengan kekalahan terbaru 1-3 tersebut, maka usaha United menjarakkan diri dari pasukan tempat ke-2, Arsenal tidak kesampaian. Namun, United bernasib baik kerana Arsenal hanya mampu terikat seri 1-1 dengan Sunderland, Sabtu lalu namun mempunyai baki 1 perlawanan.


Kuyt menjaringkan hatrik pada perlawanan tersebut


Kuyt membuka jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasik gerakan solo Luiz Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United. Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua Liverpool berpunca daripada kesilapan Nani. Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt menyumbat gol pada minit ke-65 yang juga hatriknya setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas bola hasil sepakan percuma Suarez. Javier Hernandez yang masuk menggantikan Nani yang terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher bagaimanapun berjaya mendapatkan gol saguhati pasukannya pada masa kecederaan. 


King Kenny berjaya membawa perubahan kepada The Red


Preview Kelayakan Olimpik; Pakistan Lawan Malaysia



Perlawanan kelayakan pusingan pertama (2nd leg) di Lahore diantara pasukan Malaysia menentang Pakistan akan dilangsungkan pada 9 MAC 2011. Terdahulu, perlawanan pusingan pertama (1st leg) yang dilangsungkan di Shah Alam kejayaan berpihak kepada pasukan Malaysia dengan jaringan 2-0. Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia membawa bekalan 2 gol ke Lahore nanti. Harus diingat, 2 gol yang dibawa pasukan kebangsaan itu bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan kerana sepanjang tempoh permainan di Shah Alam tempohari pasukan Pakistan hanya bermain 10 orang setelah pemainnya dibuang padang kerana melakukan keasaran ke atas Khairul Fahmi Che Mat. Sungguh pun Malaysia banyak melakukan serangan tetapi penjaga gol Pakistan, Umer bertindak cemerlang apabila banyak mematahkan serangan pasukan kebangsaan.


Ong Kim Swee perlu membuat percaturan yang tepat


Di atas kerta, memang kelebihan dapat dilihat berpihak kepada pasukan Malaysia berdasarkan ranking yang dikeluarkan FIFA apabila Malaysia menduduki tangga ke-140 jauh meninggalkan Pakistan di tanggan ke-173. Kedudukan ranking tidak boleh diambil kira kerana apa jua boleh jadi dalam permainan bola sepak. Kadang-kadang pasukan diatas pun boleh kalah dengan pasukan di bawah. Jadi kekuatan pasukan boleh dianggap seimbang.


Khairul Fahmi perlu menggunakan sepenuhnya pengalaman bersama skuad senior


Seharusnya pasukan Malaysia tidak boleh mengambil mudah perlawanan menentang Pakistan kerana pastinya mereka akan bermain habis-habisan bagi mendapatkan gol. Tambahan pula bermain di tempat sendiri ditambah dengan sorakan peminat yang pasti akan membanjiri stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Pasukan Pakistan ibarat singa lapar kerana pasti mereka ingin membalas dendam di atas kekalahan di Shah Alam lalu. Pasukan Malaysia juga perlu mendapatkan rentak secepat mungkin tanpa memberi alasan 'lambat panas' kerana Pakistan pasti membuat serangan bertali arus ke kubu Malaysia. Sekiranya seluruh pasukan memberi komitmen sepenuhnya tidak mustahil pasukan Malaysia akan memenangi perlawanan tersebut seterusnya meneruskan kemaraan ke pusingan berikutnya.


Muslim antara tonggak pertahanan negara


Perlawanan Malaysia-Pakistan akan disiarkan secara langsung di Astro Arena, saluran 801 pada 9 MAC 2011 jam 10.30 malam. Sama-sama kita mendoakan kejayaan pasukan Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!!!