Tuesday, March 8, 2011

Chelsea Tewaskan Blackpool 3-1



Kedudukan Anceloti masih selamat selepas Chelsea menundukkan Blackpool


Dua jaringan Frank Lampard dan satu dari John Terry membantu Chelsea menundukkan Blackpool 3-1 untuk kekal di tangga keempat Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Chelsea semakin merapatkan jurang dengan pasukan tangga ke-3 Manchester City kepada hanya 2 mata dengan bermain kurang 1 perlawanan. Dua gol jaringan Frank Lampard dan 1 tandukan kapten, John Terry hasil sepakan penjuru sudah cukup untuk memastikan Chelsea pulang dengan 3 mata penuh menewaskan Blackpool. 


2 gol hasil jaringannya membantu Chelsea merapatkan kedudukan dengan Man. City



Chelsea sememangnya layak menang apabila menguasai sepenuhnya perlawanan dari awal dan cubaan Blackpool untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 1 mata pada hujung permainan tidak berhasil walaupun berjaya mendapatkan 1 gol menerusi pemain tengah, Puncheon. Pemain bintang mereka yang baru dibeli dengan bayaran tertinggi Britain, Torres masih belum berjaya menjaringkan gol untuk Chelsea dan pasangan penyerangnya, Didier Drogba pula terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua akibat kecederaan.

No comments:

Post a Comment